Thursday, 13 August 2015

Uitm Dihatiku.. Akhirnya Selesai

Alhamdullilah Syukur Ya Allah..

Kupanjatkan kesyukuran Yang Tidak terhingga kepada DIA yang Maha Berkuasa, Maha Penyayang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.. Segala Pujian Bagi ALLAH..

Tak tergambar perasaan gembiraku hari ini.. Aku telah berjaya menamatkan pengajianku di UITM..Terima kasih ya allah.. Macam dalam mimpi.xpercaya pn ada sebab iolss ni bukan study mana pun.. sibuk dengan kerja selalu tidak ada masa untuk menghadiri kuliah Uitm..Assignment pun buat last Minit, Esok Exam malam ni baru baca buku.. Tapi Lecturer ku semuanya sempoii.. Baik dan sangat membantu.. Terima kasih Lecturerku semua yang mengajarku dari sem 1 sehingga sem 10.Thanks For everything..Sayang korang semua walaupun ada lecturer yang tidak mengenaliku.

.Huhu.. xsedar masa berlalu 5 taun lamanya,  masa kuhabiskan untuk mendapatkan Ijazah ni..Pregnant sebanyak 2 kali..Alhamdullilah Rezeki Allah.. terima kasih atas segala pengorbanan anak anakku.. Mummy amat menghargainya..

Ok.. Next step.... Anyone bagi cadangan.. MAICSA ... YA insha Allah.. Walaupun kuat keinginan nak try MBA TP suami tidak mengizinkaN. Ya.. dalam melayari bahtera Rumahtangga kena ada tolak ansur..Kena ada pengorabanan kan..Kalu ikut hati Mati, Ikut rasa Binasa.. jangan ikut kepala sendiri ja kn... Itulah adat rumahtangga.. Itulah resepi bahagia.. Huish OUT OF TOPIC.. kelaut kiter..

Okay.. Nk sambung buat kije.. Ok last but not least untuk yang LAST biarlah kita abadikan di sini..Walaupun keputusan xcantik.. Kita Bukan org TERROR ..hehe..atleast untuk anak anak mummy, ni haa kenangan time mummy di UITM KEDAH ..




CGPA 2.87.. CUKUP LA TU.. HEHEHE.. alhamdullilah ..Terima Kasih Allah ..

Tuesday, 11 August 2015

Terima Kasih

Assalamualaikum Semua..
Apa Khabar.. Alhamdullilah masih diberi kesempatan untuk menghirup udara dan bersama yang tersayang. Segala pujian bagi Allah..

ya Allah..
Tak terungkap kata kata syukurku padamu ya Allah..ya Allah Aku merasakan cukup bahagia dengan segala kurniaan dan pemberianMu pada aku dan keluargaku..terima Kasih ya Allah kerana tidak pernah menyempitkan Rezekiku..,memberikan aku waktu untuk menikmati kebahagiaan bersama anak anakku yang tersayang..mempermudahkan segala urusanku, memperluaskan Rezekiku seluas luas lautan dan memberikan aku insan insan yang ikhlas hatinya disekelilingku,
Ya Allah
Terima kasih kerana menjauhkan aku dari manusia yang bersifat Munafik dan sentiasa tidak berpuas hati dengan org disekelilingnya.. Manusia yang sentiasa memperlihatkan kekurangan orang lain sebagai suatu senjata untuknya menjatuhkan maruah demi kepentingan nafsu dirinya sendirinya.. ya Allah sesungguhnya aku bersyukur kerana di beri kekuatan untuk menepis dugaan menerima segala kata kata hinaan yang tidak berasas dari manusia yang berkata tanpa berfikir ini.

Didalam kita menjalani kehidupan seharian kadangkala kita terlupa bahawasanya kita hidup ni bukan untuk memuaskan hati orang lain..Tidak perlu kita terlampau menjaga perasaan orang yang tidak sepatutnya menerima keikhlasan kita. Cukuplah sekadar Allah  tahu niat dan nawaitu kita sebagai seorang khalifah di bumi Allah...

panjang berjela karangan sya.. yang sebenarnya ....Bukan ingin menunjuk diri ini sehebat Ustazah sekolah menegah..sedangkan ilmu agama pun tidak setinggi mana, namun itulah saya .. Saya cuba menjadi diri saya sendiri, bukan orang lain..

Coretan Ikhlas ..

Sunday, 5 July 2015

Mummy.. coming back//

 Assalamualaikum.. Berhabuknya.. debu.. sana sini.. lamanya mummy berdiam diri.. Setahun lebih dh iolss xmenulis disini.. rindunya.. Sorry i sibuk actually.. Business alhamdullilah.. Opss.. I sudah berenti kat company yang banyak berjasa untuk i..Sayang nk tinggal company tu sebenarnya.. Boss yang... bagi i sangat baik, memahami dan hanya ada satu dalam sejuta.. Semoga Allah merahmati kehidupan En Anuar Sekeluarga,,semoga bertambah maju n berkat dalam segala urusan ..

Business ni actually memrlukan banyak pengorbannya..dari segi masa..tenaga .. kena kerja keras untuk berjaya,.tkpa di entri yang akan datang iolss akan cerita banyak lagi tentang hidup i , family, business and tak terkecuali Uitm i.. Huhu.. kena study.. esok exam.. ada 2 paper esok.. Mati i nk study.. 2 , 2 subjek killer.. doakan i grad sem ni.. amin..


Salam Ramadhan semua..

Wednesday, 24 July 2013

KAPAL TERMEWAH DI DUNIA

Siapakah Rakyat Malaysia Yang Beli Kapal Bersalut Emas RM13 Bilion? | Jika dahulu, gelaran pemilik kapalmewah termahal dunia disandang oleh Roma Abramovich yang mana merupakan pemilik kelab bola sepak gergasi dunia Chelsea, kini dikatakan jatuh ke tangan seorang rakyat Malaysia pula. Siapakah beliau sebenarnya? Kita sebenarnya mengenali beliau kerana beliau antara yang terkaya di Malaysia terutama dalam menjalankan perniagaan gula. Siapa yang tidak kenal dengan Tan Sri Robert Kuok. Kapal yang ditempah khas ini dikatakan bernilai RM13 bililon. Fuh memang sangat mahal!
kapalemas1
Tan Sri Robert Kuok, beliau merupakan Billionair Malaysia yang mempunyai kekayaan bernilai antara RM37.2 billion.
Raja Gula Asia ini telah menggemparkan banyak pihak apabila membeli sebuah kapal mewah bernilai RM13.38 billion.
Kapal berkenaan yang 10 kali ganda lebih mahal daripada kapal peribadi paling mahal didunia sebelum ini milik Roma Abramovich (Pemilik Kelab Chelsea) kini merupakan kapal mewah termahal dunia.
Keseluruhan badan kapal History Supreme dari dasarnya sehingga ke bahagian dek termasuk ruang makanan, rel dan sauh disalut emas padu.
Bilik tidur utamanya dihias mewah dengan menggunakan logam platinum dan menampilkan dinding bertatahkan sejumlah batu meteor serta artifak prasejarah seperti tulang dinosaur ganas, T-Rex.
Kapal History Supreme merupakan hasil kerja tangan pembuat hiasan emas terkenal dari Liverpool,Stuart Hughes yang mengambil masa tiga tahun untuk menyiapkannya.
kapalemas2


kapalemas3
KREDIT TO : http://kisahbest.my

Tuesday, 23 July 2013

KERETA TOYOTA MASIH BARU WALAU SUDAH 25 TAHUN

Toyota AE86 Berusia 25 Tahun Yang Masih Di Dalam Plastik | Bagi pandangan pertama mungkin ada yang menganggap bahawa kereta keluaran lama, pasti akan menjadi sebuah kereta klasik lama yang sudah rosak. Namun dakwaan itu boleh disangkal jika kita melihat sebuah  kereta Toyota Corolla AE86 ini. Ia dijumpai di Belgium dimana kereta ini telahtersimpan di basement selama lebih 25 tahun. Lebih menarik,kereta ini masih dalam keadaan asal seperti baru keluar darikilang dan tidak berkarat langsung. Kerusi didalamnya masih dibalut dengan plastik dari kilang.
Meter pada dashboard pun menunjukkan kereta ini baru berjalan sebanyak 48 kilometer. Pemilik kenderaan ini membeli kereta ini dan memandunya dari kedai kereta hingga ke basement tersebut. Dan kereta itu dibiarkan begitu selama lebih 25 tahun. Bau kereta ini juga masih bau seperti baru. Tuan kereta ini mengeluarkan minyak dari tangki dan bateri juga dibuka untuk mengelakkan kereta ini dari rosak.

Monday, 22 July 2013

PROSES PEMBUATAN KONDOM

Kondom getah yang pertama di dunia telah dicipta pada tahun 1855. Jom kita tenogk proses terakhir sebelum kondom dipaket dan dijual iaitu proses untuk menguji ketahanan dan kekukuhan getah kondom.

























KREDIT TO  http://penpatah.blogspot.com/2012/12/info-proses-terakhir-pembuatan-kondom.html

MISTERI WONDERLAND

Wonderland adalah sebuah projek taman tema terbesar di Asia yang telah dirancang pada tahun 1980 yang terletak di Beijing. Taman tema ini adalah dikatakan sebagai Disneyland versi Asia. Walaubagaimanapun, pembinaan taman tema ini terhenti pada tahun 1998 akibat percanggahan bayaran dengan penduduk tempatan. Hingga ke hari ini, taman teman itu terbengkalai dan terbiar.



























KREDIT TO :http://penpatah.blogspot.com/2012/12/info-wonderland-taman-tema-terbesar-di.html