Monday, 12 September 2011

panduan menulis skrip

Assalamualaikum..Mamy cukup berminat dalam penghasilan cerpen dan skrip..Minat sangat, dan akhirnya mamy cari dalam google tentang penulisan skrip ne.Dan akhiornya mamy terjumpa blog Zaini Kosnin orang kuat dalam penulisan skrip. dan mamy pun copy paste bahan dari belog dia untuk di jadikan rujukan nerkarya.Jutaan terima kasih di ucapkan...Minta maaf kerana amek petua ne dari belog tuan tanpa meminta kebenaran terlebih dahulu.. Jom kita ushakan..


Apa yang perlu ada di dalam menulis sebuah skrip? Bagaimana rupa bentuknya? Pada asasnya, format sesebuah skrip filem atau drama tv itu haruslah mempunyai elemen seperti berikut.


1) Scene Heading
2) Action3) Character
4) Parenthetical5) Dialogue
6) Transition

1) Scene HeadingIni dikenali sebagai Scene Heading kerana ia merupakan permulaan sesuatu scene. Di dalam istilah bahasa kita ialah ‘Kepala Babak’. Ia juga merupakan pemisah antara satu scene dengan scene yang lain.

Contoh-contoh Scene Heading adalah seperti berikut:

INT. BILIK TIDUR ARYON, RUMAH BANGLO - NIGHT
EXT. BANGUNAN FAKULTI - DAY
I/E. KERETA ARYON - MOMENTS LATER

Penerangan.

INT. EXT. I/E - Merupakan istilah yang mewakili keadaan lokasi sama ada di dalam (INT.), di luar (EXT.) atau pun kedua-duanya sekali (I/E.)
Di tengah-tengah Scene Heading selepas kedudukan penentu lokasi ialah LOKASI. Contohnya RUMAH BANGLO ARYON, BANGUNAN FAKULTI dan KERETA ARYON, JALAN RAYA.
Di hujung Scene Heading ialah kedudukan bagi petunjuk waktu sama ada siang, malam, bersambung, sebentar kemudian dan banyak lagi. Di antara istilah yang biasa digunakan ialah DAY, NIGHT, MORNING, AFTERNOON, EVENING, CONTINOUS, LATER, MOMENTS LATER & THE NEXT DAY. Jika anda lebih selesa menggunakan istilah Bahasa Melayu, silakan…

2) Action
Selepas menulis Scene Heading, kita memulakan penulisan skrip kita dengan memasukkan elemen Action yang akan menerangkan Aksi yang akan berlaku di dalam skrip kita itu.

Contohnya:

Di dalam sebuah bilik yang hanya diterangi oleh cahaya lampu tidur, kelihatan di atas katil keadaan bantal dan selimut yang tidak teratur.

Di atas lantai turut kelihatan beberapa helai pakaian kotor yang bersepah.

Di satu sudut lain, kelihatan Aryon sedang berdiri di tingkap sambil memandang keluar. Jelas kelihatan wajahnya menunjukkan kesedihan yang teramat sangat.

Kemudian kedengaran bunyi pintu biliknya di buka. Kelihatan di pintu bilik, Pak Kassim berdiri sambil tersenyum.
Penerangan.

Di bahagian Action ini apa yang perlu dicatatkan ialah hanyalah Aksi Watak dan juga keadaan sekitarnya. Tidak perlulah meletakkan istilah-istilah sastera seperti ‘angin sepoi-sepoi bahasa’, bayu bertiup lembut dan sebagainya kerana ia sememangnya tidak diperlukan. Tidak perlulah kita menulis ayat-ayat yang tidak boleh digambarkan atau dirakamkan dengan kamera.

Nyatakan aksi yang anda gambarkan dengan jelas dan ringkas. Buat penegasan di tempat-tempat yang perlu diberi perhatian dengan meletakkan huruf besar pada perkataan tersebut.


3) Character
Character
atau Watak di dalam skrip ini ialah Aryon dan Pak Kassim. Kedudukan Watak di dalam format skrip adalah seperti berikut.



PAK KASSIM

Berada di bahagian tengah untuk membezakan dengan elemen lain. Ini akan memudahkan pembaca skrip tersebut mengetahui bahawa itu adalah watak bagi skrip tersebut.

4) ParentheticalMerupakan rujukan kepada tingkahlaku atau aksi. Biasanya digunakan untuk aksi-aksi yang tidak memerlukan pergerakan yang banyak atau pun boleh juga digunakan untuk reaksi atau perasaan.

Kedudukannya adalah selepas character dan sebelum dialog.


ARYON
(sedih)


Atau pun selepas dialog.


ARYON
Saya tak terfikir pula…
(kepada Mak Siti)


5) DialogueBerfungsi sebagai kata-kata yang dituturkan oleh watak. Seharusnya dialog itu tidaklah terlalu panjang kerana filem atau drama bergerak di atas visual. Dialog yang panjang akan membuatkan situasi yang bosan. Dialog mestilah sentiasa membawa penceritaan bergerak kehadapan.

Kedudukannya adalah seperti berikut.



ARYON
Saya tidak terfikir pula…




6) Transition
Transition
merupakan pengakhir sesuatu babak. Ia juga berfungsi sebagai pemisah di antara babak.

Kedudukannya adalah di bahagian kanan muka surat di di bahagian bawah scene.

Contohnya adalah seperti berikut:


CUT TO:


Istilah-Istilah yang biasa digunakan adalah CUT TO: INTERCUT TO: FADE IN: FADE OUT. FADE TO: DISSOLVE TO: BACK TO: MATCH CUT TO: JUMP CUT TO: FADE TO BLACK.
Gunakanlah kegunaan pada tempat yang kita fikirlan sesuai.

Selamat berkarya…

Salam Hormat Penuh Kasih Sayang Sesama Insan…
Nak tau lebih banyak lagi dalam arena penuliasan skrip ne, jom kita pegi ke page dia di http://zainikosnin.blogspot.com/search/label/Panduan%20Penulisan%20Skrip

kredit to : http://zainikosnin.blogspot.com/search/label/Panduan%20Penulisan%20Skrip

No comments:

Post a Comment